MEMO

TARIKH : 1 December 2011

KEPADA : Peserta Program Train The Trainer (TTT)

PERKARA : "CRITICAL POINTS" SEBAGAI TRAINER BERJAYA

______________________________________________________________________________________________________________

Salam Kaya dan Berjaya! 

Tahniah di atas pendaftaran anda untuk Program Train-The-Trainer (TTT) yang bakal dianjurkan pada 8 - 12 Disember 2011. Menjadi seorang "Trainer" yang bagus hanya memerlukan cara yang betul, teknik serta strategi yang tepat, di mana ramai Trainer yang berjaya telah menganggap ia sebagai sekadar suatu sesi perkongsian minat dan maklumat kepada orang ramai. Siapa yang lebih layak untuk berkongsi idea dan teknik-teknik menjadi seorang Trainer yang hebat selain daripada Dr. Azizan Osman, seorang ikon yang merupakan seorang "Master Trainer" tersohor di Malaysia. 

Sebagai persediaan awal bagi program Train-The-Trainer (TTT) ini, kami lampirkan disini maklumat pra-kursus, yang kami harap dapat membantu sepanjang program TTT ini nanti. Di antara isi kandungan yang disertai adalah maklumat mengenai tempat penginapan berhampiran, lokasi program, apa yang bakal dipelajari (secara ringkas) dan sebagainya. Program TTT ini akan memerlukan anda untuk mengikuti arahan yang diberikan dengan penuh perhatian. Seorang pelajar / peserta yang baik sentiasa menjadikan garis panduan yang diberi sebagai kunci kejayaan sesebuah program. 

ARAHAN PENTING: SILA BACA DAN FAHAMI SETIAP INFO YANG DILAMPIRKAN INI! KEGAGALAN MENGIKUT PANDUAN YANG DIBERIKAN BOLEH MENYEBABKAN ANDA GAGAL SEBELUM PROGRAM BERMULA!

Sila PRINT dan isi lampiran Borang Maklumat Peribadi, Survey Keadaan Kesihatan danPerjanjian Komitmen. Jawapan / maklumbalas yang jujur dan tepat diperlukan kerana penting untuk menjadi rujukan kami disepanjang program Train-The-Trainer (TTT) ini. Lampiran yang lengkap diisi hendaklah dipulangkan melalui e-mel ke azwani@richworks.com.my atau iqram@richworks.com.my atau difakskan @ 03-55191266 (Untuk Perhatian: Nor Azwani Osman).

Akhir sekali, pastikan anda menghantar gambar potret terbaik anda ke alamat e-mel yang sama, sebelum 2 Disember 2011 untuk dimasukkan ke fail peribadi anda . 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan penjelasan, sila hubungi pegawai kami Puan Nor Azwani Osman di talian 019-6218273 / 016 - 6242424, En Iqram Muzani di talian 016- 2614226 atau pejabat Richworks Human Capital Development (M) Sdn Bhd, di talian 03 - 55191260 (Isnin - Jumaat, 8.30 pg - 5.30 ptg), atau Hotline kami 019 - 2442244, 013 - 2442244 dan 019 - 2442400, untuk berhubung dengan Pegawai Perkhidmatan Pelanggan kami. Adalah menjadi visi kami untuk Mendidik & Memberi Inspirasi serta Menambah Nilai kepada semua. 

Terima kasih atas kerjasama anda. 

Tahniah dan ingat .... "The More We Give, The More We Get".

JERRY RIZAL

Pengurus Besar

Kumpulan Richworks

 
Sila klik link di bawah untuk memuat turun (download) atau print fail di bawah ini :-